Kolej Matrikulasi Johor Kolej Matrikulasi Kedah Kolej Matrikulasi Labuan Kolej Matrikulasi MelakaKolej Matrikulasi PerlisKolej Matrikulasi Pahang Kolej Matrikulasi PerakKolej Matrikulasi Selangor Kolej Matrikulasi Pulau PinangKolej Matrikulasi Teknikal Johor Kolej Matrikulasi Teknikal KedahKolej Matrikulasi Teknikal Pahang

Print

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi di atas terbinanya halaman ini yang merupakan titik  permulaan ke arah perkongsian dan penyebaran maklumat kepada para pelayar laman web dan tidak dilupakan juga kepada bakal pelajar-pelajar KMNS.

Laman web ini adalah satu cara untuk memperkenalkan KMNS terutama sekali kepada bakal pelajar, ibu bapa dan warga KMNS sendiri. Selain berfungsi sebagai medium interaksi antara KMNS dan pelajarnya, ia juga memberikan keutamaan dalam penyebaran maklumat terkini tentang pelaksanaan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kolej ini.

Justeru adalah diharapkan agar laman web ini akan dapat memberikan sedikit gambaran tentang KMNS dari semasa ke semasa kepada pelayar laman web serta warga KMNS sendiri. Sebarang teguran atau pandangan amat dialu-alukan bagi menambah ruang untuk meningkatkan keberkesanan kuantiti dan juga kualiti maklumat yang dimuatkan dalam laman web ini.

Akhir kata diharapkan laman web KMNS ini dapat dijadikan sebagai satu saluran yang dapat memberikan manfaat kepada para pelayarnya terutamanya kepada bakal pelajar Program Matrikulasi.

Selamat melayari laman web Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Wassalamualaikum w. b. t.

Tn. Hj. Darman bin Othman

Pengarah      
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | RSS
Hakcipta Terpelihara @ 2012 - Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telephone: 06-4841825 Fax: 06-4841819

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.
Paparan terbaik dengan menggunakan google chrome mozilla firefox internet explorerversi terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768

Sunday the 23rd. BigCommerce Reviews. LAMAN WEB RASMI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Copyright 2012

©