|
|
Latarbelakang KMNSBahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah diwujudkan ‘secara pentadbiran’ pada 1 September 1998 dengan tujuan untuk menyeragam dan menyelaras semua program matrikulasi /asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ![]() Pada 10 Mac 1999, pihak Kabinet mencadangkan penubuhan Bahagian Matrikulasi secara rasmi dan diikuti dengan penubuhan Kolej Matrikulasi Melaka di Londang dan Kolej Matrikulasi Labuan yang telah membuat pengambilan pertamanya pada 19 Julai 1999.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) telah dibuka
pada 1 Januari 2000. Kolej ini terletak di Batu 46, Jalan Tampin, Kuala Pilah. KMNS dibina di atas tapak seluas 85 ekar (bekas tapak Pusat
Matrikulasi UKM) dan telah menerima pelajar pertama seramai 491 orang (dipindahkan
dari Kolej Matrikulasi Melaka) pada 17 Januari 2000. Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan diterajui oleh Tn. Hj. Mohamed Zon bin. Ramli sebagai
Pengarah yang pertama. Beliau dibantu oleh seramai 40 orang pensyarah
dan 4 staf sokongan. Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan menawarkan tiga jurusan pengajian iaitu Sains Hayat,
Sains Fizikal dan Perakaunan.
Visi
Motto
|
|||||||||||||||||||||
| Copyright Reserved. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. | ||||||||||||||||||||||