|
|
Piagam Pelanggan
Logo KMNS Huruf abjad KMNS melambangkan bahawa kolej ini merupakan sebahagian daripada dunia. Di samping itu, ianya juga merupakan singkatan motto kolej iaitu "Kita Menjana Nilai dan Skor". Bentuknya yang seolah-olah seperti pena bermaksud kolej ini merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Manakala tujuannya yang menghala ke kanan melambangkan pemikiran yang sentiasa positif dan mempunyai visi serta misi yang sangat mulia untuk dicapai pada masa akan datang. Warna kuning, hijau dan biru melambangkan warna-warna Kolej Kediaman yang terdapat di KMNS ini. Warna kuning yang diletakkan sebagai latar belakang melambangkan bahawa kolej ini berada di dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang raja. Warna hijau melambangkan keimanan yang berteraskan agama Islam. Ia juga mencerminkan keteguhan jatidiri setiap warga kolej khususnya dalam mencapai cita-cita dan matlamat kolej yang diimpikan. Warna biru menunjukkan
kesepaduan dan pemuafakatan di antara warga kolej khususnya di kalangan
staf dan pelajar. |
|||||||||||||||||||||
| Copyright Reserved 2008. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. | ||||||||||||||||||||||