SIMPOSIUM PEER ASSISTED LEARNING

Simposium Peer Assisted Learning (PAL) Program Matrikulasi KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 dilaksanakan pada 19 hingga 21 April 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Simposium ini melibatkan penyertaan seramai 278 pelajar yang terdiri daripada PAL Leader dan PAL Member dari 15 kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Seramai 80 orang pegawai BMKPM dan kolej matrikulasi juga turut terlibat dalam program ini.

 

 

Lagi gambar di sini.

Kredit artikel asal oleh Program Matrikulasi KPM

  • Hits: 462

HARI TERBUKA KMNS 2024

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah akan mengadakan Hari Terbuka 2024 pada 23 dan 24 Februari 2024. Bermula pada jam 8 pagi. Semua adalah dijemput hadir untuk menyertai dan memeriahkan Hari Terbuka 2024.

Hari Terbuka adalah acara tahunan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) untuk mendekatkan masyarakat di Malaysia terutamanya pelajar dan ibu bapa calon SPM 2023/2024 mengenai Program Matrikulasi yang merupakan program persediaan bagi pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebelum mereka layak memohon ke universiti awam dan swasta di Malaysia dan beberapa universiti luar negara yang terpilih.

Permohonan baharu bagi calon SPM 2023/2024 untuk kemasukan ke program matrikulasi sesi 2024/2025 telah dibuka bermula 15 Disember 2023 dan akan ditutup pada 31 Mac 2024. Permohonan adalah percuma. Mohon sekarang di pautan ini.

Antara aktiviti adalah Jualan Hari Jualan Usahawan Muda (HARUM), KMNS Eco Green Fun Run 2024, Fiesta Akademik, Istiqbal Ramadhan, Pertandingan Bola Sepak dan e-stage.

HARUM merupakan aktiviti pembukaan gerai-gerai jualan oleh para pelajar jurusan Perakaunan KMNS yang akan menghidangkan pelbagai menu makanan dan minuman. Lapar? Nak cuba menu baru dan terkini? Boleh tengok senarai gerai dan menu di sini.

Selain itu, turut serta memeriahkan Hari Terbuka KMNS 2024 adalah agensi-agensi luar daripada pihak SWM Environment, SWCORP, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Multimedia University, MyKekasih, Taman Kersani dan Araudah.

Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada 23 dan 24 Februari 2004. Ikuti juga hebahan terkini tentang KMNS dan program matrikulasi di Facebook, X dan Instagram.

Buku program untuk Hari Terbuka KMNS 2024 boleh muat turun di sini.

Berikut adalah poster-poster untuk setiap aktiviti utama semasa Hari Terbuka KMNS 2024.

  • Hits: 1445

ROMBONGAN KMNS KE KAKOM 2023, JOHAN

Dari 27 September hingga 2 Oktober 2023, telah berlangsung Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2023 di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. Berikut adalah pencapaian KMNS dalam karnival tersebut.

  Emas       Perak       Gangsa   

 6

4 5

Pungutan pingat ini melayakkan KMNS menjadi Johan Keseluruhan KAKOM 2023. Pencapaian mengikut acara pula adalah seperti berikut:

 

 

 

 

  • Hits: 199

KENAPA UNIT BIOLOGI KE UKM?

 

 

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS UNIT BIOLOGI KE PUSAT KAJIAN PEMBUDAYAAN STEM, UKM, BANGI

🌸Setinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Penyelaras Penanda Aras : Pn Norfaizah bt Ahmad,

Timb. Penyelaras : Pn Lim Xin Yi,

  • Hits: 438

PENYERTAAN KMNS DI PIITRAM 2023

Penyertaan KMNS di Pre-University Matriculation Innovation Competition 2023 (PIITRAM 2023) anjuran Universiti Putra Malaysia pada 18.2.2023.

  • Hits: 283