KENAPA UNIT BIOLOGI KE UKM?

Ratings
(1)

 

 

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS UNIT BIOLOGI KE PUSAT KAJIAN PEMBUDAYAAN STEM, UKM, BANGI

🌸Setinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Penyelaras Penanda Aras : Pn Norfaizah bt Ahmad,

Timb. Penyelaras : Pn Lim Xin Yi,

Setiausaha : Pn Fairuz bt Mahfooz dan semua AJK Unit Biologi dalam menjayakan program pada hari ini (17/2/2023).

 

🍀Rombongan kami disambut baik oleh Prof Ts Dr Mohamad Sattar Rasul (Pengerusi STEM Enculturation Research Centre) dan pasukannya.

 

✅Banyak pendedahan dan perkongsian pengalaman bermakna yang diberikan sepanjang program berlangsung. Pihak STEM UKM juga berbesar hati untuk menjalankan TOT bersama para pendidik di KMNS.

Pendedahan awal ini adalah selari dengan perubahan silibus yang akan berlaku pada 2025 nanti.

Semoga ianya bermanfaat utk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

3 tempat di bawah Fakulti Sains dan Teknologi telah dilawati :


✅Pusat STEM
✅Galeri Sejarah Alam (Pengawetan Spesimen)
✅Loji Pandu Makanan (Teknologi Pembuatan dan pemprosesan makanan)

 

 Peserta Lawatan Bersama Prof Ts Dr Mohamad Sattar Rasul.

 

 

 

Oleh : Noor Hidayah Zainal (Pensyarah Unit Biologi)

  • Hits: 437