Lawatan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ke Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KMNS
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan atas kesudian mengadakan lawatan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bersempena Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2026/2027 pada 8 Jun 2026.
Sepanjang lawatan, YB Menteri telah menyantuni pelajar dan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung pengalaman mereka sepanjang proses pendaftaran. YB Menteri turut meninjau beberapa lokasi utama termasuk Dewan Minangkabau, Perpustakaan Za’ba, Asrama A1, Kafeteria A dan Dataran Perpatih.
Selamat datang kepada semua pelajar baharu Program Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027.
Petikan artikel dari Facebook Program Matrikulasi, KPM.