Skip to main content

Latar Belakang

Sejarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Paparan penunjuk arah di hadapan dewan serbaguna.

Astaka tempat pelajar dan pensyarah mengadakan pelbagai acara berkaitan sukan dan kokurikulum.

Astaka sebelum pemasangan tiang dan bumbung sekitar tahun 2000.

Pelajar ambilan tahun 2000 dan 2001 di dalam dewan kuliah. Pada tahun ini pelajar lelaki wajib berbaju kemeja lengkap bertali leher, manakala pelajar wanita perlu mengenakan tudung warna cerah tanpa corak.

Sekitar tahun 2001. Pelajar wanita berjalan kaki pulang dari blok akademik ke blok kediaman berlatar belakang Surau Al-Muttaqim dan blok akademik. Masih belum ada laluan pejalan kaki yang berbumbung ketika ini.

Perarakan sambutan Maal Hijrah sekitar tahun 2001. Melalui jalan utama berhadapan dengan anjung utama kolej sambil memperagakan fesyen berpakaian era awal 2001.

Dataran Perpatih terkini.

Suasana Hari Terbuka KMNS di Dataran Perpatih.

Blok Makmal Sains Tahun 2001
Dataran Perpatih Tahun 2001 Berlatar Belakangkan Pusat Sumber
Barisan Ketua-ketua Unit Pada Tahun 2001
Staf Sokongan Tahun 2001
Pemasangan Bumbung Di Hadapan Pondok Pengawal
Dataran Perpatih 2001 Dengan Berlatar Belakang Makmal Sains

Kita Menjana Nilai Dan Skor merupakan motto yang dipaksikan kepada Kolej Matrikulasi negeri Sembilan.

Terletak di daerah Kuala Pilah, 110 ke selatan Kuala Lumpur, adalah lokasi terletaknya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, KMNS.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan merupakan salah sebuah kolej yang mengendalikan Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kolej ini dibina di atas tapak seluas 85 ekar yang merupakan bekas tapak Pusat Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

KMNS mula beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya pada 17 Januari 2000.

KMNS dirasmikan oleh Dato’ Sri Hishamudin Bin Tun Hussein, Menteri Pendidikan Malaysia pada 5 September 2006.

KMNS dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertujuan memberikan keselesaan kepada warga kolej, khususnya para pelajar.

Antaranya ialah kolej-kolej kediaman yang dinamakan Kolej Kediaman Jauhari (Blok A) dan Kolej Kediaman Cendikia (Blok C) yang menempatkan pelajar puteri sementara Kolej Kediaman Bestari (Blok B) menempatkan pelajar putera.

Kemudahan-kemudahan lain ialah kompleks sukan, pusat sumber, makmal komputer, dobi layan diri, kedai koperasi, bilik latihan tarian dan sebagainya.

Sebagai sebuah institusi pendidikan di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia, kolej ini yang menyediakan program persediaan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebelum menyambung pengajian ke Ijazah Pertama di peringkat Universiti awam dan Swasta di Malaysia dan di luar negara.

Terdapat 3 jurusan yang ditawarkan di KMNS. Jurusan Sains, Jurusan Sains Komputer dan Jurusan Perakaunan. Jurusan Sains Komputer diperkenalkan bermula sesi 2025/2026.

Antara subjek yang ditawarkan dalam Jurusan Sains ialah Matematik, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Komputer.

Untuk Jurusan Sains Komputer, antara subjek yang ditawarkan ialah Pangkalan Data, Pengaturcaraan Komputer (Python), Matematik dan Teknologi Digital.

Manakala subjek yang ditawarkan dalam Jurusan Perakaunan ialah Matematik, Akaun, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.

Bermula sesi akademik 2025/2026, diadakan tawaran kemasukan khas untuk pelajar tahfiz mengikuti Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. 

Maklumat terperinci setiap jurusan dan syarat permohonan boleh didapati di sini.

Pelajar KMNS turut dilengkapi dengan pengalaman kehidupan dan pembelajaran seperti surau, pusat sumber, pusat sukan dan kafeteria.

Seiring dengan arus pemodenan dan Revolusi Perindustrian 4.0, KMNS akan sentiasa berinovasi agar kekal relevan sebagai kolej matrikulasi terbaik di Malaysia.


LOGO KOLEJ

Bentuk glob dipaparkan membawa maksud bahawa Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ini barada di dalam dunia yang global. Dalam erti kata yang lain, KMNS berada dalam dunia yang tanpa sempadan.

Huruf abjad KMNS melambangkan bahawa kolej ini merupakan sebahagian daripada dunia. Di samping itu, ianya juga merupakan singkatan motto kolej iaitu "Kita Menjana Nilai dan Skor". Bentuknya yang seolah-olah seperti pena bermaksud kolej ini merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Manakala tujuannya yang menghala ke kanan melambangkan pemikiran yang sentiasa positif dan mempunyai visi serta misi yang sangat mulia untuk dicapai pada masa akan datang.

Warna kuning, hijau dan biru melambangkan warna-warna Kolej Kediaman yang terdapat di KMNS ini. Warna kuning yang diletakkan sebagai latar belakang melambangkan bahawa kolej ini berada di dalam sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang raja.

Warna hijau melambangkan keimanan yang berteraskan agama Islam. Ia juga mencerminkan keteguhan jatidiri setiap warga kolej khususnya dalam mencapai cita-cita dan matlamat kolej yang diimpikan.

Warna biru menunjukkan kesepaduan dan pemuafakatan di antara warga kolej khususnya di kalangan staf dan pelajar.

Logo ini dicipta oleh Tn. Hj. Rosli bin Abdul Rani (Mantan Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral).

LAGU KOLEJ

Disini wajahmu nan megah
Lahir generasi berilmu
Berfikiran positif
Berkemahiran
Menjana Kejayaan
Tingkatkan nilai modal insan
Sahsiah mulia
Berketrampilan
Harmoni dan seiringan
Kita Menjana Nilai Dan Skor
Dunia penuh cabaran
Kami sasar wawasan
Maju...
KMNS...
Gemilang terus terbilang


Sepintas Tahun Berlalu

1999     Pecah tanah

2000    Januari - Pengambilan pelajar pertama seramai 441 orang dari Kolej Matrikulasi Melaka

2000    Februari - Pertambahan 2135 orang pelajar

2001     Lawatan Menteri Pelajaran Malaysia

2002     Juara KAKOM

2006     Perasmian Kolej

2008    Tuan Rumah KAKOM

2011      Lawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

2015      Naib Juara KAKOM Zon Selatan

2017      Tuan Rumah KAKOM

2023      Tuan Rumah KonPPI-3

2023      Juara KAKOM

2024      Naib Juara KAKOM

2024      Tuan Rumah Simposium PAL

2025      Naib Juara KAKOM