Unit Kaunseling & Kerjaya
FARADILA BINTI ZAINAL ABIDIN
KB03118, PA02274
Laman Google Site Unit Kaunseling Psikologi Dan Kerjaya
Maklumat Unit Kaunseling & Kerjaya
VISI
Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan
MISI
Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling kepada semua pelajar dan staf kolej. UPK berperanan membantu individu mengenal pasti potensi diri, mengurus emosi, meningkatkan kemahiran interpersonal, dan menangani cabaran kehidupan seharian dengan lebih berkesan.
Antara perkhidmatan utama yang disediakan ialah:
-
Kaunseling Individu dan Kelompok
Menyediakan ruang selamat dan sulit untuk pelajar berkongsi isu peribadi, akademik, emosi, keluarga, atau sosial. -
Saringan dan Intervensi Psikologi
Menjalankan ujian psikologi seperti inventori personaliti, minat kerjaya, tahap stres, kebimbangan dan kemurungan. -
Bimbingan Kerjaya dan Akademik
Memberi panduan dalam membuat keputusan berkaitan halatuju pengajian dan kerjaya berdasarkan potensi diri. -
Program Psikoedukasi dan Intervensi Berfokus
Menganjurkan program pembangunan diri, bengkel kemahiran insaniah dan sesi intervensi untuk kelompok pelajar tertentu. -
Khidmat Rujukan
Memberi sokongan dan rujukan kepada agensi profesional berkaitan sekiranya diperlukan.
UPK komited dalam menyokong kesejahteraan mental dan emosi warga KMNS ke arah membentuk individu yang seimbang dari segi intelek, emosi dan sosial.
Laman Google Site Unit Kaunseling Psikologi Dan Kerjaya
-
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
-
Memberi kesedaran kepada warga KMNS akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
-
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
-
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KMNS.
-
Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
Organisasi Unit Kaunseling & Kerjaya
FARADILA BINTI ZAINAL ABIDIN
Ketua Kaunselor Pendidikan
KB03118, PA02274
Emel :
ZUBAIDAH BINTI ZAKARIA
Kaunselor Pendidikan
KB05229, PA04618
Emel :
NIK MOHD LIZAM BIN NIK YAHYA
Kaunselor Pendidikan
KB09870, PA09499
Emel :
NOOR FADZLI BIN MOHD KHIRY
Kaunselor Pendidikan
KB03938, PA03193
Emel :