Majlis Graduasi KMNS Pelajar Sesi 2024/2025
Seramai 250 pelajar KMNS dan ibu bapa mereka daripada sesi 2024/2025 yang lalu telah berkesempatan untuk diraikan dalam Majlis Graduasi yang julung kalinya diadakan. Majlis ini juga diadakan sempena Hari Terbuka KMNS 2026 yang diadakan saban tahun.
Turut memeriahkan majlis graduasi ini adalah para pelajar sesi semasa, para pensyarah dan staf KMNS, pengarah-pengarah Kolej Matrikulasi yang lain serta keluarga para graduan.
Menyerahkan sijil tamat pengajian kepada para graduasi adalah Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM, Encik Azman Bin Abd Karim.
Majlis turut diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran daripada wakil pelajar Hifz Al-Quran, Muhammad Uzair Bin Mohd Tariq dan persembahan muzik dan nyanyian pelajar. Majlis Graduasi yang berlangsung penuh meriah dan bermakna ini tamat pada jam 12 tengah hari.
Majlis ini diacarakan oleh pelajar KMNS sendiri iaitu Aidil Nulfitri Bin Muhammad Hasrizal, Fathin Najwa Binti Mohd Zamani, Nur Intan Syazuanie Binti Abd Kadir dan Ellisien Lai.
Terima kasih kepada para graduan dan keluarga mereka yang memberi sokongan dan komitmen kepada majlis ini. Dan terima kasih juga kepada penyelaras Majlis Graduasi ini , Dr. Shariza Binti Shahari, pensyarah unit Fizik dan semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para pensyarah, pegawai-pegawai dan anggota kumpulan pelaksana, ahli jawatankuasa pelajar dan pekerja pembersihan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Buku Program Majlis Graduasi
YouTube Majlis Graduasi
Video Di Sebalik Tabir Majlis Graduasi














Pengarah KMNS dan Timbalan Pengarah KMNS.
Pembawa cokmar, Pensyarah Matematik, Encik Azra Bin Zainol Rashid mengetuai pergerakan masuk Pengarah Bahagian Matrikulasi, Pengarah KMNS, Timbalan Pengarah KMNS dan ketua-ketua jabatan.
Perarakan graduan memasuki Dewan Minangkabau.
Lagi gambar suasana Majlis Graduasi.