pentadbir
Majlis Lawatan Tapak Dan Penyerahan Sumbangan Aset Wakaf Serta Penyaluran Sumbangan Program MAINS-Care IPT

📅 Tarikh: 30 Julai 2026
🗓 Hari: Khamis
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Seri Menanti (Bankuet), KMNS
KMNS telah menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi meninjau status pelaksanaan Wakaf Perigi Moden KMNS dan menyempurnakan penyerahan sumbangan aset wakaf. Pihak MAINS juga menyalurkan sumbangan Program MAINS-Care IPT dalam majlis tersebut.
Program MAINS-Care IPT ialah inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menyalurkan bantuan makanan menggunakan dana fidyah. Kredit yang disalurkan melalui aplikasi MAINSPay ini dilihat sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar-pelajar ini dalam mengharungi kehidupan seharian.
Pelancaran turut diserikan dengan gimik simbolik diikuti sesi penyerahan cek cura oleh pihak MAINS kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebagai simbolik sokongan kepada pelaksanaan program tersebut.


