pentadbir
Program Fasih Digital KMNS 2026

Program Fasih Digital KMNS 2026 menyasarkan penyertaan daripada pelajar Sains Hayat dan Perakaunan KMNS. Program Fasih Digital KMNS 2026 merupakan satu inisiatif untuk membantu pelajar menguasai kemahiran asas digital, khususnya dalam pembinaan laman web menggunakan Google Sites.
Program ini memberi peluang kepada pelajar, terutamanya yang tidak mempunyai latar belakang Sains Komputer, untuk membina laman web sendiri dengan mudah dan kreatif.
Objektif Program
1. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas pembinaan laman web
2. Membolehkan pelajar menghasilkan laman web sebagai hub pembelajaran
3. Meningkatkan kemahiran literasi digital dan kreativiti
4. Membina keyakinan pelajar dalam penggunaan teknologi
Program Fasih Digital ini dikelolakan oleh JK Pelajar Fasih Digital (Pelajar Bukan Sains Komputer) dengan kerjasama Kelab Young Technologist Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan bahan pengisiannya oleh pensyarah Unit Sains Komputer.
2 komponen utama dalam program ini adalah dalam bentuk bengkel dan pertandingan.
Google Site Program Fasih Digital https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/fasihdigital26kmns/home
Flipbook https://heyzine.com/flip-book/34934d77bf.html
Video promosi program
Pemenang-pemenang pertandingan sempena Program Fasih Digital KMNS 2026.








