PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara.