Perlindungan Data Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.
Pautan kepada Laman Web yang Lain
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Laman ini merupakan Hak Cipta terpelihara Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kebanyakkan artikel yang dipaparkan pada laman ini adalah milik Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan sebahagian adalah dari laman web yang diyakini dan mempunyai hubungan dengan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan telah mendapat kebenaran dari pihak tersebut. Semua artikel dan kandungan dalam laman ini tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan.
Penafian Data dan Maklumat Kerajaan Malaysia dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Penafian Penterjemahan Kandungan Sebagai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan kemudahan navigasi yang mesra pengguna, laman web ini turut mengambil kira mereka yang lebih selesa untuk melayari laman web ini dengan bahasa lain selain Bahasa Melayu. Sila ambil perhatian bahawa kandungan di dalam laman yang dipaparkan selepas dialih bahasa kemungkinan akan mempunyai maksud yang berbeza daripada maksud sebenar. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi atas kandungan yang telah dialih bahasa tersebut.
Disini wajahmu nan megah Lahir generasi berilmu Berfikiran positif Berkemahiran Menjana Kejayaan Tingkatkan nilai modal insan Sahsiah mulia Berketrampilan Harmoni dan seiringan Kita Menjana Nilai Dan Skor Dunia penuh cabaran Kami sasar wawasan Maju... KMNS... Gemilang terus terbilang
Tn. Hj. Amran Bin Md Said Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Timbalan Pengarah
Pn. Hajjah Hamidah bt Abd Rahim Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En Nor Azman Bin Samid
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emel :
En Khairul Nizam Bin Mohamad
Ketua Jabatan Matematik Kolej Matrikulasi Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Noraishah Binti Safiei
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web KMNS dan Unit ICT kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal baharu ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.
Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi / multimedia / siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.
Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.
Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan versi 3.0 yang dibangunkan pada tahun 2025 ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidik, staf, pelajar, ibu bapa pelajar dan orang awam.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan berwajah baharu ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa amat dialu-alukan.