Skip to main content

Umum

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
  • Hits: 72

Dasar Privasi

Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

Pautan kepada Laman Web yang Lain
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
  • Hits: 70

Hak Cipta

Laman ini merupakan Hak Cipta terpelihara Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kebanyakkan artikel yang dipaparkan pada laman ini adalah milik Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan sebahagian adalah dari laman web yang diyakini dan mempunyai hubungan dengan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan telah mendapat kebenaran dari pihak tersebut. Semua artikel dan kandungan dalam laman ini tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan.
  • Hits: 60

Penafian

Penafian Data dan Maklumat
Kerajaan Malaysia dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Penafian Penterjemahan Kandungan
Sebagai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan kemudahan navigasi yang mesra pengguna, laman web ini turut mengambil kira mereka yang lebih selesa untuk melayari laman web ini dengan bahasa lain selain Bahasa Melayu. Sila ambil perhatian bahawa kandungan di dalam laman yang dipaparkan selepas dialih bahasa kemungkinan akan mempunyai maksud yang berbeza daripada maksud sebenar. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi atas kandungan yang telah dialih bahasa tersebut.
  • Hits: 57

e-Aplikasi

  • Matrix Information System (MIS)

    Sistem Maklumat bagi semua Pensyarah, Staf dan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

  • eAduan KMNS

    Borang Aduan Pelanggan. Boleh diisi oleh pelajar, staf dan pensyarah KMNS.

  • Sistem Pengurusan Aset & Stor

    Sistem Pengurusan Aset & Stor yang terdapat di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

  • Sistem Tempahan DK, Siaraya& ICT

    Sistem Tempahan Bilik di KMNS termasuk Bilik Mesyuarat, Dewan Kuliah, siaraya dan ICT

  • HRMIS 2.0

    Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia - JPA Malaysia

  • Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

    Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Graduasi

    Sistem Pengurusan Graduasi KMNS

  • MYGOVUC 3.0

    Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan

  • Portal e-Learning KMNS

    Portal e-Learning KMNS menghimpunkan bahan PdP bagi pensyarah dan pelajar KMNS

  • SPLKPM

    Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca selanjutnya: e-Aplikasi

  • Hits: 5261

Lagu

LAGU KMNS

Lirik Lagu 

Disini wajahmu nan megah
Lahir generasi berilmu
Berfikiran positif
Berkemahiran
Menjana Kejayaan
Tingkatkan nilai modal insan
Sahsiah mulia
Berketrampilan
Harmoni dan seiringan
Kita Menjana Nilai Dan Skor
Dunia penuh cabaran
Kami sasar wawasan
Maju...
KMNS...
Gemilang terus terbilang

Baca selanjutnya: Lagu

  • Hits: 160

Piagam Pelanggan

Kami warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, dengan penuh tekad dan iktizam berikrar dan berjanji akan:
 
1. Menyediakan pelajar yang berkualiti untuk mengisi program ijazah pertama dalam bidang sains dan perakaunan di IPT
 
2. Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar untuk mendapat pendidikan yang berkualiti
 
3. Menyediakan staf terlatih yang berdedikasi, berakauntabiliti, berdisiplin, produktif dan inovatif
 
4. Memastikan kemudahan peralatan, bahan pengajaran dan sumber rujukan yang berkualiti disediakan
 
5. Memastikan suasana yang harmoni dan kondusif melalui penyediaan pelbagaian kemudahan dan perkhidmatan kebajikan

Baca selanjutnya: Piagam Pelanggan

  • Hits: 298

Pengurusan Tertinggi

  • Pengarah

    Tn. Hj. Amran Bin Md Said
    Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Timbalan Pengarah

    Pn. Hajjah Hamidah bt Abd Rahim
    Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



  • En Nor Azman Bin Samid

    Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
    Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    Emel : 

  • En Khairul Nizam Bin Mohamad

    Ketua Jabatan Matematik
    Kolej Matrikulasi 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



  • Puan Noraishah Binti Safiei

    Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial
    Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



  • Hj. Ahmad Nasir Bin Mohd Daud

Baca selanjutnya: Pengurusan Tertinggi

  • Hits: 2342

Perutusan Pengarah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web KMNS dan Unit ICT kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan portal baharu ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi / multimedia / siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan versi 3.0 yang dibangunkan pada tahun 2025 ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidik, staf, pelajar, ibu bapa pelajar dan orang awam.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan berwajah baharu ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa amat dialu-alukan.

Tuan Haji Amran Bin Md Said

Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Baca selanjutnya: Perutusan Pengarah

  • Hits: 794