Konvensyen Profesional KMNS 2024
Konvensyen Profesional KMNS 2024 merupakan satu platform untuk warga KMNS meluaskan jalinan dan jaringan kolaboratif secara profesional melalui perkongsian aktiviti kesarjanaan seperti penyelidikan dan inovasi pendidikan. Selain itu, konvensyen ini turut membuka peluang peserta menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan pendidikan.
Seiring dengan hasrat murni KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasakan kualiti institusi pendidikan, maka penganjuran Konvensyen Profesional KMNS 2024 berfungsi sebagai wacana untuk warga pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mencetus idea bagi merancang transformasi selaras keperluan pendidikan semasa.
Penganjuran Konvensyen Profesional KMNS 2024 sangat penting bagi mengembangkan ilmu dan perkongsian kepakaran. Adalah diharapkan keberhasilan penyelidikan dan inovasi berupaya meningkatkan profesionalisme pensyarah seterusnya memberi impak positif secara langsung kepada kecemerlangan pelajar Program Matrikulasi KPM.
Tarikh Konvensyen: 17 & 18 Julai 2024
Tema: Melestari Inovasi Dalam Merealisasikan Pendidikan Masa Hadapan
Maklumat lanjut tentang senarai pemenang, tentatif, hadiah dan syarat penyertaan, boleh layari Google Site Konvensyen KMNS.