Skip to main content

Piagam Pelanggan

KEMUDAHAN KOLEJ

LOKASI

KMNS terletak 110 km dari Kuala Lumpur dan berada dalam persekitaran kawasan perumahan Taman Bahagia Delima dan Taman Bukit Intan. Berjarak 5 km dari bandar 
Kuala Pilah yang mempunyai elemen moden dan klasik.
Dihubungkan melalui PLUS untuk perjalanan dari utara dan selatan serta LEKAS untuk terus ke Lembah Kelang melalui Seremban, Semenyih hingga ke Kajang. Juga dihubungi melalui jalan persekutuan Karak Melaka.

PRASARANA KOLEJ

Antaranya ialah mesin basuh layan diri, penapis air, kafeteria, kedai koperasi, mesin runcit minuman dan snek, wi-fi percuma, surau dan pusat sukan.

Pusat sukan terdiri daripada 4 gelanggang badminton, 2 gelanggang skuasi, padang bola, petanque, takraw. bola keranjang. bola jaring, trek basikal dan tenis.

Pengangkutan kolej juga disediakan untuk para pelajar ke klinik atau hospital jika memerlukan.

AKADEMIK

Tiga jurusan utama di KMNS adalah Jurusan Sains, Jurusan Sains Komputer dan Jurusan Perakaunan. Antara subjek dalam Jurusan Sains adalah Matematik, Kimia, Fizik, Biologi dan Sains Komputer. Manakala Jurusan Perakaunan menawarkan subjek Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Matematik dan Perakaunan.

PRASARANA AKADEMIK

Antara kemudahan akademik adalah 8 dewan kuliah, bilik tutorial, makmal komputer, makmal kimia, makmal biologi, makmal fizik, makmal bahasa, makmal perakaunan, pusat sumber dan makmal digital gunasama.

KOKURIKULUM

Selain daripada subjek teras, pelajar turut diimbangi dengan subjek wajib seperti Pengajian Am Matrikulasi, English, Pendidikan Islam, Moral serta Kokurikulum. Pelajar didedahkan dengan aktiviti sukan, kerohanian dan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

KEMUDAHAN SUKAN

1. PADANG BOLA SEPAK/RUGBI
2. GELANGGANG BOLA TAMPAR( 4 BUAH)
3. GELANGGANG TENIS (4 BUAH)
4. GELANGGANG BOLA KERANJANG( 3)
5. PADANG RUMPUT BOLA. JARIING (2 BUAH)
6. GELANGGANG PENTAQUE
7. GELANGGANG SEPAK TAKRAW( 2 BUAH)
8. DSG (BADMINTON) 4 BUAH
9. GELANGGANG SQUASH 2 BUAH
10. GYMNASIUM
11. ASTAKA
12. BUKIT CABARAN KMNS
13. KEMUDAHAN BERBASIKAL

PRASARANA UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR

 Kolej Kediaman Pelajar  5 Blok
 Bilik Tutorial   48
 Dewan Kuliah  8
 Makmal Sains   38
 Makmal Komputer  7
 Dewan Serbaguna   1
 Kafeteria  4
 Makmal Bahasa   3
Makmal Perakaunan 1
Perpustakaan 1
Surau 1
Bas 3
Van 2
Penapis Air Coway 30
Penapis Air Cuckoo 1