Pada 25 September 2026, Pengarah KMNS telah merasmikan pembukaan sebuah bilik khas seliaan Unit Kaunseling dan Psikologi. Bertempat di HEP One Stop Centre, bilik ini dinamakan sebagai Bilik Konsultasi & Destress Centre. Turut hadir dalam acara perasmian adalah Timbalan Pengarah dan ketua-ketua unit.
Destress Center KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) merupakan satu inisiatif berfokus kepada kesejahteraan mental dan emosi pelajar serta staf kolej. Ia direka sebagai ruang sokongan psikososial yang berfungsi untuk membantu individu mengurus tekanan, kebimbangan, dan keletihan mental dalam persekitaran yang selamat dan menyenangkan.
Turut diadakan serentak dengan majlis ini adalah majlis penyampaian hadiah untuk Program Minda Sihat.