Bengkel Penulisan Jurnal Berwasit Tahun 2026

JK Khidmat Urus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) KMNS akan menganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal Berwasit Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh: 8 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8:00 pagi - 4:30 petang
📍Tempat: Synergy Suite, Perpustakaan Pendeta Za'ba KMNS
Untuk makluman, penceramah jemputan kita adalah Prof. Dr. Fatin Aliah Phang binti Abdullah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beberapa orang fasilitator daripada institusi luar juga dijemput bagi melancarkan perjalanan bengkel.
Oleh itu, peserta bengkel digalakkan membawa kertas kajian tindakan sedia ada. Kertas kajian tindakan berkenaan akan dimurnikan semasa bengkel, agar memenuhi format dan standard penerbitan jurnal berwasit (peer-reviewed journal).
Sekian, terima kasih.