Skip to main content

Pengumuman

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Pilah 1448H/2026M


Dengan segala hormatnya, seluruh warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan masyarakat sekitar Kuala Pilah dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Pilah 1448H/2026M.

📅 Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 6.00 petang – 10.00 malam
📍 Tempat: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
🎙 Penceramah: Ustaz Elyas Ismail (Penceramah Motivasi)

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah dan akhlak Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

✨ “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” ✨

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini.

ceramahMaulidur2026 aktiviti

Jom hadir beramai-ramai!