Skip to main content

Pengumuman

Panduan Semasa Hari Pendaftaran Secara Fizikal Pelajar Baharu Sesi 2026/2027


Tarikh pendaftaran secara fizikal di KMNS:
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, tarikh pendaftaran pelajar adalah seperti berikut:
Isnin, 8 Jun 2026 : Pendaftaran Pelajar Perempuan
Selasa, 9 Jun 2026 : Pendaftaran Pelajar Lelaki
Pakaian: Sopan, kemas dan berkasut.
IMG 20260605 210628 000

Infografik Ringkas Aliran Semasa Hari Pendaftaran:
2

Peta Laluan Kenderaan Semasa Hari Pendaftaran:
Fasilitator dan RELA akan bertugas mengawal trafik. Patuhi arahan trafik untuk mengelakkan berlaku kesesakan. Tempat pertama yang pelajar perlu pergi adalah di Dewan Serba Guna (DSG) atau nama lainnya Dewan Minangkabau untuk pra- pendaftaran. Apa fungsi pra-pendaftaran? Tengok semula infografik di atas.

1 masukdewan
Ruang masuk ke dalam Dewan Serba Guna/Dewan Minangkabau.

2 ruangmenungguprapendaftaran
Ruangan dalam Dewan Minangkabau untuk pelajar melakukan proses pra-pendaftaran.

3 mejaprapendaftaran
Meja ni nanti semua pelajar akan pergi untuk buat pra-pendaftaran.

Selesai pra-pendaftaran, pergi ke bangunan Perpustakaan (dalam gambar kat atas tu yang ada tulis Pusat Sumber KMNS) untuk urusan pendaftaran sebenar dan seterusnya untuk pengambilan kunci asrama. Fasilitator dan pegawai bertugas akan membantu menunjukkan arah.

4 laluankepusatsumber
Yang ini adalah lorong yang menuju ke tempat pendaftaran sebenar selepas proses pra-pendaftaran selesai dalam dewan. Lorong ni sebelah dewan.

5 ruangmenggupendaftaran
Ok, sampai sini dari lorong tadi berjalan kaki je, tak jauh. Bilik pendaftaran berada di hadapan barisan kerusi-kerusi biru. Tunggu giliran sehingga dipanggil masuk.

7 ruangpendaftaran
Kalau dah kene panggil, bawa diri dan semua dokumen berkenaan masuk ke dalam untuk menyempurnakan pendaftaran.

Selesai pendaftaran, pelajar akan terus masuk ke dalam ruangan perpustakaan untuk mengambil baju kolej.

Seterusnya selepas pendaftaran selesai, dalam bangunan yang sama juga, pergi ke bilik seterusnya untuk pengambilan kunci bilik.

1000131099
Bilik ambil kunci. Siap ambil kunci, keluar dan akan jumpa khemah untuk beli kad dobi dan pelekat kenderaan.

Dah dapat kunci? Boleh terus ke blok asrama masing-masing. Bila sampai asrama, had masa untuk parkir hanyalah 15 minit, untuk memberi laluan kepada kenderaan lain pulak untuk parkir dan angkut barang pelajar. Kalau parkir  lama-lama, nanti kenderaan lain tak dapat masuk, kenderaan sendiri pun tak dapat keluar.

Barang keperluan tak cukup? Kalau nak keluar sekejap dari kolej dan kemudian masuk semula takut berlaku kesesakan trafik nanti. Sebab sekitar kolej adalah kawasan perumahan dan pada 8 dan 9 Jun dah mula sesi persekolahan. Jalan nak ke pekan PIlah akan tempuh 2 sekolah di tepi jalan. Masa tengah hari memang trafik tinggi. Jadi kalau nak mudah, berhampiran Dewan Serba Guna ada gerai jualan makanan, minuman dan pelbagai peralatan keperluan pelajar seperti baldi, gayung, penyapu, kipas, penyangkut baju dan lain-lain. Boleh tunai, boleh QR. Kafe pun buka juga.

Kalau makan di kafe, lepas makan perlu hantar semula pinggan dan cawan digunakan ke tempat yang pihak kafe sediakan. Biasanya berhampiran sinki. Kalau makan di sekitar gerai jualan, sisa makanan dan bungkusan makanan dan minuman buang di dalam tong sampah. Semua kafe dan gerai jualan akan buka seawal jam 8 pagi. 

Nak keluar tunai? Ada ATM Bank Rakyat di pintu masuk kolej berhampiran pondok pengawal keselamatan.

Jalan untuk ke Asrama Kuarters atau Blok D berdasarkan peta di bawah  adalah terus je melalui Kafe B di hujung kanan peta. Untuk ke kluster C juga melalui jalan yang sama.
3 1

4 1
Untuk pelajar yang dapat bilik di Kluster A, atas ni adalah close up  laluan kenderaan di sekitar Kluster A. Masa parkir sekitar asrama adalah 15 minit sahaja.

6 1
Untuk pelajar yang dapat bilik di Kluster B, atas ni adalah close up  laluan kenderaan di sekitar Kluster B. Masa parkir sekitar asrama adalah 15 minit sahaja.

7 1
Untuk pelajar yang dapat bilik di Kluster C, atas ni adalah close up  laluan kenderaan di sekitar Kluster C. Masa parkir sekitar asrama adalah 15 minit sahaja.

Kesimpulannya untuk pelajar-pelajar baharu KMNS, perlu merancang dan bersedia untuk memudahkan diri sendiri dan keluarga serta pelajar-pelajar lain. Dapatkan info terkini di Telegram Pelajar,Telegram Waris dan Google Site Unit Hal Ehwal Pelajar.

Berhati-hati di jalan raya dan selamat datang ke KMNS.

Terima kasih.

Maklumat tambahan:
Selepas dah masuk bilik, mengemas barangan dan bilik dan kenal rakan sebilik, kene buat apa pulak? Beberapa sesi taklimat dan interaksi perlu dihadiri oleh pelajar agar lebih bersedia dengan segala informasi untuk memulakan pengalaman baharu sebagai pelajar KMNS. Masa ni macam-macam boleh tanya. Download jadual ni, senang nanti nak rujuk dalam phone.
IMG 20260606 210602 019