Pautan Pendaftaran Ambilan Ke-2

Tahniah kepada pelajar yang berjaya menempatkan diri di KMNS.

Pendaftaran Pelajar Baharu KMNS Sesi 2026/2027 (AMBILAN 2).
1. Pendaftaran secara dalam talian adalah bermula 10 Jun sehingga 14 Jun 2026. Keperluan pendaftaran dalam talian (online) adalah untuk penentuan bilik dan blok penginapan pelajar.
2. Pautan pendaftaran dalam talian adalah http://mis.kmns.matrik.edu.my/online/index.php

3. Jika ada ambilan seterusnya, pautan pendaftaran adalah sama seperti di atas.
4. Pendaftaran secara fizikal di KMNS pula adalah pada Isnin, 15 Jun 2026, jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari.
5. Cetak dan isi semua dokumen berkenaan yang boleh didapati semasa membuat semakan rayuan di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/logmasuk.cfm

6. Layari juga Google Site Unit Hal Ehwal Pelajar KMNS di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/unithepkmns/utama
7. Kad matrik adalah wajib dipakai sepanjang pengajian di KMNS. Isi borang cetakan kad matrik di sini. Memang kene isi, bukan automatik walaupun dah upload gambar masa buat pendaftaran dalam talian.
8. Jumlah dan kaedah pembayaran yuran:
Jurusan Sains Sistem Dua Semester RM 499
Jurusan Sains Sistem Empat Semester RM 499
Jurusan Sains Komputer RM 499
Jurusan Perakaunan RM 446


Abaikan tarikh pembayaran yang warna kuning di atas.
9. Maklumat lanjut dan terperinci ada di google site Unit Hal Ehwal Pelajar. Pautan ada di point nombor 6 di atas.
10. Berikut adalah jadual sesi interaksi antara pelajar baharu ambilan kedua dan pihak kolej. Kehadiran adalah wajib.

Terima kasih.