Skip to main content

Pengumuman

Pendaftaran Pelajar Ambilan Ketiga


Ambilan 3

Tahniah kepada pelajar yang berjaya menempatkan diri di KMNS.

1. Pendaftaran pelajar adalah di pautan berikut bermula 23 Jun 2026 jam 12 tengah hari http://mis.kmns.matrik.edu.my/online/index.php 
interface daftar kolej online

2. Pendaftaran secara fizikal di KMNS pula adalah pada Isnin, 29 Jun 2026, jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari.

3. Cetak dan isi semua dokumen berkenaan yang boleh didapati semasa membuat semakan rayuan di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/logmasuk.cfm

4. Layari juga Google Site Unit Hal Ehwal Pelajar KMNS di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/unithepkmns/utama

5. Jumlah pembayaran yuran:

     Jurusan Sains Sistem Dua Semester RM 499

     Jurusan Sains Sistem Empat Semester RM 499

     Jurusan Sains Komputer RM 499

     Jurusan Perakaunan RM 446

6. Kaedah pembayaran yuran:
      1000128075

Abaikan tarikh dalam poster di atas dan poster di bawah.

1000129764

7. Kesimpulannya, paling senang pergi ke kaunter BSN atau guna app myBSN.

8. Sertai telegram pelajar dan telegram waris.

9. Panduan pengisian borang dokumen pelajar dan borang perjanjian.

10. Pemakaian kad matrik adalah wajib untuk semua pelajar KMNS sebagai tanda pengesahan identiti pelajar. Memang wajib mohon, ia bukan automatik. Memang masa daftar online dah upload gambar. Upload sekali lagi di borang kad matrik ini. Tapi sebelum tu baca semua arahan dan ikut arahan. Sebab masa upload gambar untuk kad matrik, dia kene resize dan centre gambar tu.  Mohon kad matrik di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kadmatrikkmnsversi3-1/home
info grafik setting gambar 2026 1

11. Maklumat terkini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke masa di laman web ini.

12. Sekiranya ada masalah pada tarikh pendaftaran, hubungi unit Hal Ehwal Pelajar di talian 06- 
4841825 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Nyatakan subjek atau tajuk emel sebagai 'PENDAFTARAN'.



Sekian, terima kasih.