Baling e-Summit 1.0 2025
KOLOKIUM PENDIDIKAN DIGITAL & INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN 9 DAN 10 APRIL 2025
Google site Baling e-Summit 1.0
Pelaksanaan Kolokium Pendidikan Digital dan Inovasi Peringkat Kebangsaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Baling bagi Tahun 2025 dirancang sebagai inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan mendesak dalam meningkatkan penguasaan teknologi digital dalam pendidikan. Program ini bertujuan menyediakan platform interaktif yang membolehkan pendidik, inovator pendidikan, dan penyedia teknologi berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan inovasi dalam konteks pendidikan digital, sekali gus membina komuniti pendidikan yang lebih berdaya saing. Di samping itu, kolokium ini akan meningkatkan kesedaran peserta terhadap teknologi terkini dan memperkenalkan alat digital inovatif yang dapat memperkasakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan keperluan kolaborasi, kolokium ini juga berfungsi sebagai medium untuk membangunkan rangkaian kerjasama antara institusi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, bagi mempromosikan pendidikan digital yang berimpak tinggi. Dalam masa yang sama, ia akan membuka ruang kepada inovasi dengan mendorong perkembangan idea-idea baharu yang berupaya menyelesaikan cabaran pendidikan melalui penerapan teknologi digital. Maklumat dan pengalaman yang diperoleh daripada program ini akan dikumpulkan untuk menghasilkan sumber rujukan dan panduan praktikal yang dapat membantu pendidik melaksanakan pendidikan digital secara berkesan. Keseluruhannya, kolokium ini menjadi langkah signifikan dalam mentransformasikan landskap pendidikan bagi memenuhi keperluan masa depan.
Para pensyarah KMNS turut tidak ketinggalan untuk menyertai kolokium ini. Berikut adalah senarai penyertaan dari KMNS:1. Kumpulan POSH dari Unit BAHASA INGGERIS
1️⃣Siti Rohayzah Jasman
2️⃣Oh Chen May
3️⃣Phoon Fong Ha
4️⃣Siti Musalmah A. Hamid
Atas Pencapaian ANUGERAH PERAK 👏🏻👏🏻
2. Kumpulan WINSERA dari Unit Matematik
1️⃣ Wan Zanariah binti Md Jahaya(Ketua)
2️⃣ Nurul Nabilah binti Abd Hamid
3️⃣ Farah Arina binti Ibrahim
4️⃣ Muhammad Syazwan bin Sakawi
5️⃣ Zamri bin Zakaria
Atas Pencapaian GOLD AWARD 👏🏻👏🏻