Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2025 - Naib Juara Semangat Membara
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) merupakan inisiatif tahunan peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama kolej matrikulasi terpilih selaku tuan rumah. Program ini menyediakan medan strategik untuk menyerlahkan potensi pelajar melalui pelbagai acara sukan selaras dengan hasrat KPM untuk membina pelajar yang seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani.
KAKOM kali ini diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang.
KMNS telah menghantar wakil untuk semua acara yang dipertandingkan dan telah berjaya memperoleh gelaran Naib Juara buat kali ke dua berturut-turut. Persediaan rapi telah dibuat oleh kontingen KMNS antaranya dengan mengadakan team building di Kem Berhulu, Jempol.
Gambar kontingen KMNS boleh lihat disini.
Berikut adalah pecahan pungutan pingat KMNS:
Emas
1) Ping Pong 3
2) Bola Jaring 1
3) Tennis L 1
4) Bola Tampar L 1
Perak
1) Aerodance 1
2) Basket L 1
Gangsa
1) Basket P 1
2) petanque L
3) petanque P
4) squash P
Semua pingat dan hadiah telah disampaikan semasa acara penutup.