KAKOM 2024
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah aktiviti tahunan peringkat kebangsaan yang melibatkan sebilangan pelajar terpilih bagi mewakili kolej masing-masing daripada 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara dan 2 Kolej MARA.
Pelbagai acara permainan dan kebudayaan yang dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kedah (KMK).
KAKOM 2024, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan berjaya membolot tempat ke 2 keseluruhan.
Namun begitu, pada KAKOM 2023, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan berjaya mendapatkan tempat pertama.

Pada KAKOM 2024 yang berlangsung di negeri Kedah, pasukan bola sepak, bola keranjang lelaki dan pasukan bola tampar lelaki berjaya menggemgam pingat emas. Manakala penyertaan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam acara bola jaring, skuasy wanita, sepak takraw dan bola tampar lelaki berjaya dengan merangkul pingat gangsa.
Sebahagian daripada imej dan teks dalam artikel ini diambil dari Galeri Arkib KMJ dan KAKOM 2024KMK.