KonPPI 4 2024
Objektif KonPPl-4 2024 adalah seperti yang berikut:
-
menyediakan platform kepada warga KPM berkongsi hasil penyelidikan, PLC, inovasi dan KIK;
-
meningkatkan amalan inovasi dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi;
-
meluaskan jaringan kolaboratif warga KPM dalam membudayakan aktiviti kesarjanaan merentas institusi pendidikan;
-
menggalakkan warga KPM untuk membangunkan profesionalisme diri dalam aspek penyelidikan, penulisan dan penerbitan; dan
-
mencetus aspirasi pembelajaran berasaskan digital dalam pendidikan masa hadapan. Dengan tema "MELESTARI INOVASI DALAM MEREALISASI PENDIDIKAN MASA HADAPAN", KonPPI 4 telah belangsung di A' Famosa Resort Melaka pada 18 hingga 20 Ogos 2024. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan berjaya dalam beberapa kategori.



