Skip to main content

Laporan Kejayaan

  pentadbir

MaTechFest 2025


 MaTechFest 2025 merupakan inisiatif yang dilahirkan sebagai kesinambungan daripada program rintis Jurusan Sains Komputer bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan kemajuan teknologi yang pesat serta keperluan kurikulum yang dinamik, program ini bertujuan memperkasakan pelajar dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

    MaTechFest 2025 berfokus kepada pelaksanaan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum) yang menggabungkan elemen inovasi, kreativiti, dan kecekapan teknologi. Melalui festival ini, pelajar berpeluang meneroka pelbagai aplikasi teknologi terkini sambil mempraktikkan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan masa hadapan.

    Peringkat akhir MaTechFest 2025 telah diadakan pada 11 hingga 13 April 2025 di Kolej Matrikulasi Johor dan seperti biasa KMNS tidak melepaskan peluang ini untuk menyertai dan menunjukkan bakat para pelajar dan pensyarah. Berikut adalah kejayaan dan anugerah yang berjaya dibolot oleh wakil KMNS:

anugerah emas JSK
anugerah emas JSK3
anugerah emas JSK22
anugerah emas popdyiscreet
anugerah emas virtual reality buddy