pentadbir
Tempat Pertama Pertandingan Literasi Kewangan KPM 2026

Tahniah kepada pasukan Kolej Matrikulasi yang mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Video Podcast Literasi Kewangan 2026 anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.


Keputusan pertandingan diumumkan pada 29 September 2026 sempena Majlis Perasmian Bulan Literasi Kewangan KPM Tahun 2026 yang dirasmikan oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum).
Pertandingan ini menggalakkan pelajar meningkatkan pengetahuan literasi kewangan melalui penghasilan kandungan digital yang kreatif, inovatif dan berinformasi.
Setinggi penghargaan kepada semua pelajar, pensyarah pembimbing serta warga kolej yang menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus berkarya dan mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak.
Tahun Ini, Tahun Kita