Skip to main content

Pengumuman

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2026/2027


banner pendaftaran 20262027 terbaharu SAIZ BESAR 1 1

Pendaftaran Pelajar Baharu KMNS Sesi 2026/2027

1. Pendaftaran secara dalam talian adalah bermula 13 Mei sehingga 6 Jun 2026. Maklumat pautan URL pendaftaran dalam talian hanya akan aktif pada 13 Mei 2026 (bermula jam 12 tengah hari). Keperluan pendaftaran dalam talian (online) adalah untuk penentuan bilik dan blok penginapan pelajar. Pautan pendaftaran dalam talian adalah http://mis.kmns.matrik.edu.my/online/index.php

2. Pendaftaran pelajar secara fizikal di kolej pula adalah pada (abaikan tarikh pada surat tawaran):

     2.1      Isnin, 8 Jun 2026 pendaftaran pelajar perempuan. 8 pagi hingga 2 petang.
                 Pakaian semasa pendaftaran fizikal adalah kemas dan sopan. Berkasut. Bawa semua dokumen yang telah siap diisi.

     2.2    Selasa, 9 Jun 2026, pendaftaran pelajar lelaki. 8 pagi hingga 2 petang.
                 Pakaian semasa pendaftaran fizikal adalah kemas dan sopan. Berkasut. Bawa semua dokumen yang telah siap diisi.

     2.3    Pautan dokumen https://drive.google.com/drive/folders/1qqwzfZ7XLVUDKERmJVxiEb3Wz1Kks4Sg

     2.4    Panduan & contoh Pengisian Dokumen Pelajar dan Pengisian Pembiayaan Pelajar KMNS Sesi 2026/2027. https://mylink.la/kmnsdokumenpelajarperjanjian20262027

3. Pautan aplikasi Telegram untuk pelajar baharu dan ibu bapa/waris pelajar baharu.

     3.1       Telegram INFO PELAJAR KMNS Sesi 2026/2027   https://t.me/+hlfej9jF2TBlYTM1
                  Hanya untuk bakal pelajar KMNS sahaja.

     3.2      Telegram INFO WARIS KMNS Sesi 2026/2027     https://t.me/+nxJn2Rr8L08wOWM1
                  Hanya untuk ibu bapa atau waris pelajar KMNS Sesi 2026/2027 sahaja.

4. Pelajar perlu bersedia dengan salinan soft copy gambar berukuran passport untuk permohonan kad matrik. Latar warna gambar WAJIB bewarna PUTIH. Format gambar ialah png atau jpg sahaja.

     4.1     Penampilan dalam gambar mestilah kemas dan berambut pendek untuk pelajar lelaki dan rambut tidak diwarnakan. 

     4.2   Pautan untuk muat naik gambar kad matrik adalah https://sites.google.com/moedl.edu.my/kadpelajarkmns20262027/home.

     4.3   Baca dengan teliti setiap arahan sebelum mengisi borang dan memuat naik gambar.

     4.4   Apabila telah pilih gambar dan gambar keluar dalam kawasan kotak, gunakan jari atau tetikus untuk zoom in gambar sehingga gambar pelajar dalam kotak hanya nampak bahagian dari hujung kepala ke bahagian leher sahaja. Tinggalkan sedikit ruang atas bahagian kepala. Rujuk infografik di bawah:

info grafik setting gambar 2026 1


5. Sekiranya ada masalah pada tarikh pendaftaran, hubungi unit Hal Ehwal Pelajar di talian 06- 
4841825 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Nyatakan subjek atau tajuk emel sebagai 'PENDAFTARAN'.

6. Layari google site unit Hal Ehwal Pelajar untuk maklumat lanjut. (pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/unithepkmns/utama).

infoGrafik 1 MPPB 20262027

QR CODE TELEGRAM PELAJAR 20262027
 Kod QR Telegram INFO PELAJAR KMNS Sesi 2026/2027


QR CODE TELEGRAM WARIS 20262027
Kod QR Telegram INFO WARIS KMNS Sesi 2026/2027

7. Pembayaran yuran:
     Nama bank: Bank Simpanan Nasional
     No. Akaun: 0510029000398544
     Terdapat 3 kaedah pembayaran yuran. Rujuk kepada 2 poster di bawah.

1000128075

1000129764

8. Pada hari pendaftaran secara fizikal, kolej menyediakan 44 gerai jualan makanan, minuman dan peralatan keperluan pelajar di asrama seperti baldi, penyapu, tikar, selipar, kipas angin dan lain-lain.

Selamat mendaftar dan selamat datang ke KMNS.

Maklumat lanjut akan sentiasa dikemas kini di laman web rasmi KMNS serta Telegram Pelajar dan Telegram Waris.

Apa akan berlaku semasa hari pendaftaran 8 dan 9 Jun? Sambung sini.